Tuesday, January 10, 2012

KESESALAN

Assalamualaikum..
   
Seperti yang aku takut kan sebelum aku nak jawap exam, aku seperti blur. Walhal aku da study kuat da. Aku tak tau mana salah aku.. Adakah Allah nk menguji aku dengan tidak mendatangkan ilham pada aku? Ya Allah.. Aku takut, aku takut kiranya paper ni gagal. Aku taknak ulang lagi papaer ni. Sekarang hanya keputusannya sahaja yang aku tunggu..Moga aku lulus Subjek Sampling. Amin..Ya Allah, Kau lembut kan lah hati Dr Nazrina binti Aziz untuk memeberi markah supaya semua lulus.. Amin..

Saturday, January 7, 2012

~M.A.S.A~

Assalamualaikum..

    Sungguh aku sekarang rindu. Rindu untuk kembali sibuk seperti dulu. Rindu untuk membuat gerak kerja islam. Meskipun badan letih dan banyak benda terabai. Tapi aku puas. Kini tiada apa yang aku boleh banggakan pada diri aku. Walaupun masa aku sentiasa terisi dengan mentelaah pelajaran, tapi seakan2 tiada kepuasan dalam diri aku. Aku seperti hilang. Seperti tiada apa yang ada dalam hidup aku. Seperti aku tidak berguna dalam dunia ni. Tidak bernilai..

~U.J.I.A.N~

UJIAN KEHIDUPAN

Ujian,
pelbagai makna dan tafsiran diberikan,
bagi orang yang mempunyai ilmu,
ujian di katakan bahawa suatu dugaan untuk mematangkan hidup,
bagi orang yang beriman,
ujian dikatakan bahawa Allah swt memberikan peringatan,
bagi yang kurang ilmu,
ujian dikatakan menyusahkan hidup,
bagi yang kurang imannya,
akan menyangkan bahawa Allah swt tidak sayang padanya,

Ujian,
bagi yang kuat menempuhnya,
 akan terasa nikmatnya kemudian hari,
bagi yang tetap imannya,
akan memperbanyakkan ibadahnya saban hari,
bagi yang raput akalnya,
akan melalui liku hidup yang gelap setiap hari,

Ujian,
biarlah pelbagai tafsiran dan makna,
bagi aku,
ujian yang mematang kan aku,
ujian yang menjadikan aku kuat,
berdasarkan ayat,

Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahui-Nya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3) 

aku tahu Allah swt akan selalu menguji hambaNya,
untuk mengetahui tahap kasih sayang hambaNYA kepada NYA...

Aku akan sentiasa memperbaiki amalan ku,
 sementara aku masih di dunia yang fana,
kerana aku takut aku akan GAGAL,
GAGAL ketika bertemu dengan "PENCIPTA" ku,
GAGAL untuk menempuh FINAL EXAM di AKHIRAT kelak...