UJIAN KEHIDUPAN
Ujian,
pelbagai makna dan tafsiran diberikan,
bagi orang yang mempunyai ilmu,
ujian di katakan bahawa suatu dugaan untuk mematangkan hidup,
bagi orang yang beriman,
ujian dikatakan bahawa Allah swt memberikan peringatan,
bagi yang kurang ilmu,
ujian dikatakan menyusahkan hidup,
bagi yang kurang imannya,
akan menyangkan bahawa Allah swt tidak sayang padanya,
Ujian,
bagi yang kuat menempuhnya,
akan terasa nikmatnya kemudian hari,
bagi yang tetap imannya,
akan memperbanyakkan ibadahnya saban hari,
bagi yang raput akalnya,
akan melalui liku hidup yang gelap setiap hari,
Ujian,
biarlah pelbagai tafsiran dan makna,
bagi aku,
ujian yang mematang kan aku,
ujian yang menjadikan aku kuat,
berdasarkan ayat,
Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahui-Nya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
aku tahu Allah swt akan selalu menguji hambaNya,
untuk mengetahui tahap kasih sayang hambaNYA kepada NYA...
Aku akan sentiasa memperbaiki amalan ku,
sementara aku masih di dunia yang fana,
kerana aku takut aku akan GAGAL,
GAGAL ketika bertemu dengan "PENCIPTA" ku,
GAGAL untuk menempuh FINAL EXAM di AKHIRAT kelak...

No comments:
Post a Comment